Pengenalan
PENGASAS MELAKA
Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
ada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.
Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
KEISTIMEWAAN MELAKA
Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

KEGEMILANGAN MELAKA
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAYU MELAKA
- Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan, terdiri daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
- Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa disebabkan:
- kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat
- jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal pelabuhan dan melicinkan urusan perdagangan
- peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga keselamatan pedagang dan keamanan di Selat Melaka.
- keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Melaka
- Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat tinggal, membaiki kapal, kemudahan bekalan makanan dan minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka
- Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat
- penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar
- Melaka menjadi pelabuhan entrepot
- Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di pelabuhan
KEGEMILANGAN NEGERI MELAKA
PERKEMBANGAN MELAKA
Sultan MelakaTempoh memerintahParameswara
(Raja Iskandar Shah)1400 – 1414Sultan Megat Iskandar Shah1414 – 1424Sultan Muhammad Shah1424 – 1444Sultan Abu Syahid1444 – 1446Sultan Muzaffar Shah1446 – 1456Sultan Mansur Shah1456 – 1477Sultan Alauddin Riayat Shah1477 – 1488Sultan Mahmud Shah1488 – 1511Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

Perluasan Kuasa
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan
Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan
Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan
Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa
Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)
Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)
Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
Kepimpinan Tun Perak
Peristiwa peristiwa semasa pentadbiran Tun Perak
Peristiwa Serangan Siam 1445
Peristiwa Serangan Siam 1456
Peristiwa Serangan ke atas Pahang
Peristiwa Pembunuhan Tun Besar
- Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar - Melalui perl;uasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju
kerana dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
Perluasan Kuasa Melalui Peperangan
- Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah - Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar
perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka - Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
serangan ke atas wilayah lain - Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga,
Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur - Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan
Melaka telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang
banyak berjasa - Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
mentadbir wilayah tersebut - Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur
stratregi serta dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban
Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan
- Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam
persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya - Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan
Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya - Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru
dan Aru dapat dikalahkan. - Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka
walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka
Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan
- Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah
di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah
sasaran - Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat
diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara
kedua-dua negara - Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu
Sultan Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat
dikalahkan - Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi
pengaruh Melaka
Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan
- Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin
mempertahankan Melaka - Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka
- Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah
- Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada
Kerajaan Melaka
Peranan Pemimpin Dalam Perluasan Kuasa
- Menjelang abad ke-15, Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat
di Kepulauan Melayu. Empayar Melaka meliputi seluruh kawasan Semenanjung
Tanah Melayu dan negeri-negeri Pantai Timur Sumatera seperti Kampar, Siak
Inderagiri, Rokan, Jambi, Pulau Karimun dan Kepulauan Riau Lingga - Penguasaan Klang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu dan penguasaan
Rokan dan Siak di Pantai Timur Sumatera telah memudahkan Melaka mengawal
Selat Melaka sepenuhnya - Kejayaan Kerajaan Melayu Melaka memperluaskan kuasanya kerana mempunyai
beberapa pemimpin dalam yang berwibawa seperti Sultan Muzaffar Shah.
Sultan Mansor Shah dan Sultanb alauddin Riayat Shah dan Tun Perak.
Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)
- Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan
gelaran sultan - Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar
Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda
Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim - Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang
jawatan Bendahara - Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk
Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara - Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu
untuk dikahwinkan dengan Tun Ali - Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana
Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak. - Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu
dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi
baginda baginda berjaya - Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan
kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain
Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)
- Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya
- Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka
seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi - Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya
dan antaranya:
a.Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)
b.Siak (Pantai timur Sumatera) - Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk
membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.
Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)
- Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara
- Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam
buku Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah - Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat
sendiri keadaan dalam negerinya. - Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan
yang lebih ketat dan rapi di Melaka - Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah
jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman - Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada
perluasan kuasa - Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru
dan telah memperoleh kemenangan
Kepimpinan Tun Perak
- Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai
pembesar-pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara - Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur
- Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga
menjadi sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar - Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan
sultan selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja - Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan
Penghulu di Klang - Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan
1456
Peristiwa peristiwa semasa pentadbiran Tun Perak
Peristiwa Serangan Siam 1445
- Dalam peperangan ini Tun Oerak membawa pengikutnya bersama-sama anak dan
isteri ke Melaka untuk mempertahankan Kota Melaka - Tindakan beliau tersebut menyebabkan pengikut-pengikutnya berjuang bermati-matian.
mempertahankan Melaka
Peristiwa Serangan Siam 1456
- Tun Perak membawa tenteranya ke Batu Pahat
- Beliau telah mengarahkan supaya askarnya menggunakan perahu-perahu kecil
sebagai muslihat perang - Tindakanya itu menyebabkan pihak Siam sukar mengejar tentera Melaka
- Beliau mengarahkan beratus-ratus jamung diikat pada pokok di sepanjang pantai oleh
tentera - Tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka terlalu ramai berbanding tentera
Siam - Tentera Siam membatalkan niat untuk menyerang, lalu pulang ke Siam
Peristiwa Serangan ke atas Pahang
- Tun Perak juga telah mengetuai serangan ke atas Pahang
- Pahang ketika itu di bawah naungan Siam
- Tun Perak berjaya dalam serangan serangan tersebut dan Pahang menjadi tanah
jajahan Melaka
Peristiwa Pembunuhan Tun Besar
- Tun Perak adalah pemimpin yang taat setia pada raja. Beliau tidak menderhaka atau
menuntut bela apabila Raja Mahmud, putera Sultan Mansor Shah membunuh anak
beliau Tun Besar - Kejadian itu berlaku akibat bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena tanjak
Raja Mahmud - Tun Perak tidak menuntut bela malah melarang pengikutnya bertindak ke atas Raja
mahmud. Beliau berkata 'Adat hamba orang Melayu tidak pernah derhaka tetapi akan
kita pertuankan raja seorang ini janganlah' - Raja Mahmud tidak dilantik menjadi Sultan Melaka. Baginda dihantar ke Pahang dan
ditabalkan menjadi Sultan Pahang - Tindakan Tun Perak ini dapat mewujudkan keamanan dalam Melaka serta kesetiaan
rakyat kepada Sultan Melaka
RUMUSAN
Kesimpulannya, kesan dari kegemilangan Melaka saya dapat simpulkan iaitu dari segi politik, ekonomi dan pendidikan.
Sultan Muhammad Shah adalah sultan yang pertama menggunakan gelaran "sultan" bagi menggantikan gelaran 'seri' yang berunsur agama Hindu. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah, corak pemerintahan dan kepimpinan Islam telah diamalkan. Baginda dianggap mencontohi kepimpinan Khalifah Omar Al Khatab iaitu dengan menyamar diri pada waktu malam untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mennagkap pencuri.Melaka juga telah mengadakan hubungan diplomatik lebih luas bukan sahaja dengan negeri di kepulauan Melayu, China, Kepulauan Ryukyu di Jepun tetapi Melaka juga telah menerima utusan dan hadiah dari Raja Aden, Ormus, Cambang dan Bengal. Melaka juga menerapkan nilai-nilai syariah dalam pentadbiran serta undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Hukum-hukum adalah berkaitan dengan membunuh, berzina dan meminum arak Dari segi ekonomi pula, Melaka telah menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal di dunia pada abad ke 15. Banyak barang-barang yang berkaitan dengan Islam dibawa masuk seperti kitab-kitab agama, minyak wangi, permaidani, pakaian dan sebagainya. Melaka juga menjalankan konsep jual beli secara Islam seperti dalam soal timbangan sukatan, konsep zakat, fitrah, wakal, sedekah.
Kesan dari segi sosial pula, pada abad ke-15, Melaka menjadi pusat pengajian dan perkembangan agama Islam yang terpenting. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa ilmu dan Lingua Franca.

RUJUKAN

BUKU
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1:Ahamad Fawzi Bin Mohd.Basri , Fo'ad Bin Sakdan , Azami Bin Man-tahun2009
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5 : Ramlah Adam, Shakila Parween Yaacob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil-tahun 2010

INTERNET
SUMBER INTERNET
WIKIPEDIA
WIKIPEDIA